Nak tahu Tutorial cara daftar dan guna sistem ini? Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pada tahun ini dengan 34,353 permohonan dari sekitar Kuala Lumpur sahaja.
Ini adalah susulan tularnya kisah Wang Tidak Dituntut di media sosial yang mengundang pengguna menyerbu pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia di seluruh negara.
Ada yang sanggup beratur panjang bagi mengetahui nilai atau jumlah Wang Tidak Dituntut mereka.
Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.